ASSAK Shop merupakan suatu kemudahan kepada Alumni dan semua pihak yang berminat untuk mendapatkan Official Merchandise ASSAK bersempena dengan Jubli Emas 50 tahun SMSSMJ. Semua hasil pembelian ini akan menyumbang semula kepada aktiviti-aktiviti ASSAK dan komuniti sekolah.
ASSAK juga mengalu-alukan kerjasama daripada mana-mana alumni atau agensi yang berminat untuk bersama-sama dalam ekosistem ini. Ia bukan saja mengenai jualan produk, tetapi ia boleh digunakan untuk e-Ticketing, promosi dan kempen. Segala keuntungan akan digunakan untuk program-program ASSAK serta Jubli Emas. Kita jaga kita.