Hubungi Kami

Kami merupakan kumpulan bekas pelajar daripada beberapa generasi sejak sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1973 dengan nama Sekolah Menengah Sains Kedah (SMSK) sebelum ianya ditukar nama sebagai Sekolah Sultan Mohamad Jiwa pada 1984 dan Kemudiannya diangkat menjadi Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa.

Walaupun telah meninggalkan bangku sekolah sejak sekian lama, kami akan tetap kembali untuk menabur bakti dan kerana seruan persahabatan bersama kawan-kawan yang telah dianggap sebagai saudara sendiri. Ianya bukan sekadar persatuan alumni bagi kami, tetapi ianya sumpahan kami untuk Berilmu dan berbudi kepada agama, bangsa dan negara dalam apa jua bidang yang kami ceburi.

Kini sebagai Alumni, kami akan TERUS BERBUDI. Hubungi kami untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai program-program dan aktiviti-aktiviti ASSAK untuk warga Alumni, Pihak Sekolah dan PIBG (Stakeholders).

 

MISI KAMI

Mengeratkan hubungan kolaborasi antara alumni dengan alumni, alumni dengan Pihak Sekolah, alumni dengan Ibubapa dan semua pihak yang berkepentingan (Stakeholders) untuk faedah bersama.

Bertekad “Terus Berbudi” menobatkan kecemerlangan Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa berteraskan semangat JIWA SAINS KEDAH sehingga ke akhir hayat.

AJK 2022-2025

Untuk kepimpinan ASSAK bagi sesi 2022-2025 terdapat 4 orang Jawatankuasa Tertinggi dan 8 orang Ahli Jawatankuasa Kerja / Ketua Biro:
1.Laksamana Muda Dato’ Shamsudin Bin Hj Ludin (Presiden)
2. Dato Azman Bin Aziz (Timbalan Presiden)
3. En.Mohd Azman Bin Hasan (Setiausaha)
4. En.Ismanor Fahmi Bin Ismail (Bendahari)
5. Pn. Nurul Hafizah binti Mohd Zaki (Penolong Setiausaha)
6.Dato’ Noorlia binti Yahaya
7.Pn. Noor Hayati binti Abdullah
8.En. Mohd Arfah bin Othman
9.En. Ahmad Salman bin Othman
10.Dr. Khairuddin bin Md Isa
11.Pn. Aminah Suhaila binti Haron
12.En. Hasanin bin Ahmad

 

PRESIDEN ASSAK

Laksama Muda Dato' Shamsuddin bin Hj Ludin

TIMBALAN PRESIDEN ASSAK

Dato' Azman Bin Aziz

SETIAUSAHA ASSAK

En.Mohd Azman Bin Hasan

BENDAHARI ASSAK

En.Ismanor Fahmi bin Ismail

TERUS BERBUDI

Semua Alumni, Guru-guru, Bekas guru-guru, petugas sekolah, warga sekolah dan semua pihak yang ingin berhubung dengan pihak ASSAK boleh menghubungi ASSAK di talian whatsapp ini dan melalui email assakoffice@gmail.com. Maklumat perhubungan juga dikemaskini di bawah untuk kemudahan anda.

© 2022 All Rights Reserved.