DERMAsiswa ASSAK
Terus Berbudi, Melakar Generasi & Legasi
APA ITU DERMAsiswa ASSAK
Dermasiswa ASSAK ialah inisiatif tahunan Persatuan Alumni Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa (ASSAK) yang bertujuan membantu pelajar cemerlang dari segi akademik dan kebajikan.


Fokus Program
Program ini memberi keutamaan kepada pelajar berpotensi tinggi daripada keluarga berpendapatan rendah dan sederhana supaya mereka dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada pembelajaran dan pembangunan sahsiah.


Bentuk Bantuan
Bantuan merangkumi yuran PIBG, yuran dewan makan serta elaun bulanan bagi meringankan beban kewangan pelajar dan keluarga.


Nilai Teras
Dermasiswa ASSAK mencerminkan semangat kebersamaan alumni dalam membina masa depan pendidikan dan memperkukuh hubungan antara alumni, sekolah dan komuniti.


